Saturday, 12 November 2011

Tenang dengan setiap masalah


“If you want dodge the problem, don’t close your eyes, live on it will better to live.”
        Han Tae Woong, The Snow Queen

Kata – kata yang diungkapkan oleh watak Han Tae Woong yang dimainkan oleh Hyun Bin  dalam cerita romantik dan drama The Snow Queen.

Dalam cerita ini, Tae Woong menasihati kekasihnya Kim Bora supaya tidak bunuh diri disebabkan tekanan hidup dan masalah yang dihadapi dan sentiasa tenang untuk terus hidup kerana hidup itu lebih baik.

Di sini kita dapat melihat dalam menyelesaikan masalah, kita perlu tenang dan sabar dalam sesuatu.
Anda sendiri pun pernah alami pelbagai masalah sepanjang hidup. Bermula dari bangun tidur sehinggalah sampai waktu tidur. Tidak kira kecil atau besar, pasti akan ada. Betul tak?

Kadang - kala anda tidak tahu cara menyelesaikan masalah bagaimana untuk menukar tayar kereta. Al maklumlah, tayar pancit saja panggil pomen, panggil mekanik dan terus tukar. Anda tidak sempat nak belajar cara menukarkanya. Tidak mengapalah sebab ada pomen masa itu. Tapi bila tayar anda pancit atau pecah semasa dalam hutan, nak buat panggilan pun tak bole sebab tiada line dan orang yang lalu – lalang pun tiada. Jadi apa yang anda harus buat? Tunggu sampai orang lalu? Bertuah kalau yang lalu tu dapat membantu, tapi kalau tidak? Atau pun anda nak tidur dalam kereta dalam hutan? Mesti jawapannya tidakkan?

Di sinilah anda perlu tenang dan terus fikir cara untuk tukar tayar kereta anda. Pemikir macam Albert Einsten pun banyak kali gagal, tapi beliau tetap sabar dan tenang dalam pada masa yang sama beliau cuba dan terus mencuba.

Setiap masalah pasti ada jalannya kecuali mati. Kita cuma perlu tenang di samping berfikir cara untuk menyelesaikannya.




No comments:

Post a Comment