Sketsa di tempat kerja
Bos :
Awak dah siapkan kerja yang saya bagi 3 hari semalam?
Staff :
Belum lagi bos, saya terlupa.
Bos :
Hmmmm. Cepat buat sekarang ! Siapkan sebelum saya masuk mesyuarat sekejap lagi
!
Sketsa di sekolah
Cikgu :
Kamu semua dah siapkan kerja rumah yang saya suruh buat tu?
Murid
1: Belum cikgu, saya pergi kenduri semalam.
Murid
2: Belum cikgu, saya demam semalam.
Cikgu : Kamu ni, nak jadi apa? Kerja sedikit pun ta boleh buat. (bengang)
Sketsa di rumah
Mak :
Nak, tolong sapu sampah dan kemas rumah ya? Mak nak pergi pasar sekejap.
Anak: Ok mak.
2
jam kemudian...
Mak :
Kenapa tak sapu sampah tadi? Kan mak dah pesan! (marah)
Anak:
Maaf mak, kakak sapu sekarang.
Inilah
mentaliti kita dalam kehidupan dan kerja seharian yang sukar di tukar. Sikap baru
suruh baru nak buat ini tidak elok kerana ia membangunkan sifat pemalas
seseorang. Lihat sajalah, bila nak suruh baru nak buat. Mana tidaknya, ada saja
alasan yang diberikan. Tidak kira sama ada anak, pelajar, pekerja atau sesiapa
pun pasti tidak lari dari konteks ini.
Adakah
manusia selalu kena paksa bila nak buat sesuatu? Bila terdesak baru nak buat? Baru
nak cari jalan penyelesaian? Atau kita memanag suka kena suruh atau paksa
dahulu?
Sikap
ini amat berkaitan dengan sikap pemalas seseorang. Bila dah malas ia akan jadi
macam ini. Memang orang – orang seperti ini pemalas! Kenapa tidaknya dah bila
kena suruh baru nak buat.
Bukan
apa, kalau tak gangu orang tidak mengapa. Suka hati dialah nak buat ke tak. Tapi
kalau sikap ini diamalkan di tempat kerja, pasti menggangu pencapaian syarikat
atau organisasi itu sendiri. Hanya disebabkan sikap begini, projek jutaan
ringgit terlepas, tender yang baru dapat hasil daripada kerjasama semua pihak
dari atas sampai bawah ditarik balik. Rugi memang rugi!
Kalau
dekat rumah pula pasti akan berselerak saja barang – barang, sususan perabot tidak
semena – mena. Nah selagi tetamu tidak datang rumah, macam tongkang pecah rumah
itu. Selagi tak kena berleter, memang tak gerak penyapu tu. Mentaliti – mentaliti
!
Sikap
baru nak suruh baru nak buat ini mendatangkan pelbagai kesan kepada diri
sendiri, kawan – kawan, keluarga dan organisasi. Mentaliti teruk seperti ini
harus diubah segera bagi meningkatkan kualiti hidup dan kualiti diri kepada
kesejahteraan hidup dan membina generasi cemerlang sepanjang hidup.
Ubahlah!
No comments:
Post a Comment