Wednesday, 30 November 2011

Kisah Sebuah Potret Lukisan


 

Gambar ini istimewa sangat bagi aku. Gambar ini diambil semasa jalan – jalan sekitar Lembah Klang dekat i – City. Mula – mula teringin nak masuk dalam snow ice tapi disebabkan ada beberapa halangan, aku bersama  ‘eclipse girl’ terus berjalan ke bahagian bawah. 

Jadi aku terpandang lukisan – lukisan karikatur yang pelbagai jenis. Cantik memang cantik karya pelukis yang menjadikan melukis sebagai kerja sampingan. Aku tertarik untuk pergi lebih dekat dengan meja  pelukis itu. Dah lama aku ingin ambil gambar dengan ‘eclipse girl’ tapi tiada masa. Memandangkan tiada pelanggan lain yang mahu dilukis,  kali ini aku tidak mahu berfikir panjang lagi untuk membuat keputusan. Apa lagi, aku dengan ‘eclipse girl’ terus duduk pada bangku depan pelukis. Semestinya pelukis itu tahu yang kami nakkan lukisan berwajah kami(tanpa banyak soal).

Saat pelukis sedang melukis, ‘eclipse girl’ agak malu - malu kerana ramai pengujung – pengujung yang melihat saat dia duduk tegak depan pelukis (kekok begitu). Tak keruan dibuatnya haha !. Tidak lama masa yang diambil oleh abang pelukis yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun itu untuk menyiapkan potret lukisan berwajah memori kami. Gembira sangat bila dah siap. Mana tidaknya, bukan senang nak duduk senyap – senyap dan menghalakan tumpuan pada pelukis dengan keadaan ramai pengunjung lain yang memandang ke arah kami. 

Kalau nak rasa bagaimana. Cubalah sekali semasa anda terjumpa sudut meja kecil pelukis bersama kerusi yang sentiasa menanti pelanggan – pelanggan. Pasti pengalaman yang menarik. Pasti seronok. Pasti puas.
Memori Indah.

I – City
08.09.2011
10.15 p.m

p/s:  Best dapat ambil gambar dengan ‘eclipse girl’ :)


No comments:

Post a Comment