Friday 10 October 2014

Segarkan Badan 3D2N di Pulau Pangkor

Hari Pertama

Dengan berbekalkan pakej MATTA Fair yang dikunjungi, maka terciptalah destinasi ke Pulau Pangkor. Kali ini aku memilih tempat penginapan bersama isteri (pasangan) di Puteri Bayu Beach Resort. Bayarannya agak mahal kalau dikira hanya untuk penginapan tetapi ia sangat berbaloi apabila termasuk dengan pakej lain antaranya:
  • ·         Tiket feri pergi dan balik (tiket terbuka)
  • ·         Makan (makan malam 2x, sarapan 2x, makan tengah hari 1x)
  • ·         Island tour (motosikal@van)

Memandangkan Pulau Pangkor tidak sebesar Pulau Langkawi, 3D 2N sudah cukup untuk meneroka pulau ini. Perjalanan kami bermula seawal jam 9.30 pagi dari arah Kuala Selangor ke Teluk Intan dan tiba di Jeti Lumut jam 12.10 tengahari. Bagi yang pertama kali nak pergi ke Pulau Pangkor boleh ikut jalan ini kerana tiada tol dan menjimatkan masa. Tips yang mudah untuk sampai ke Jeti Lumut adalah terus saja ikut papan tanda arah Lumut, Lumut sehingga jumpa arah Jeti Lumut, Pulau Pangkor.


Bagi yang bawa kereta sendiri tak perlu pening kepala cari tempat pakir. Aku cadangkan pakir di SK Methodist sekitar Jeti Lumut. Kadar sewa pakir sehari RM10 tetapi kalau sebulan RM30. Bagi yang tak tau bila nak balik dari percutian lebih baik ambil pakej yang sebulan. Caranya mudah, masuk saja ke sekolah tu dan pakir di padang sekolah. Cumanya nanti kita diminta isi borang pakir bagi tujuan keselamatan dan disitu anda akan mengetahui kenapa SK Methodist buat perkhidmatan pakir.

 


Okay, aku terus ke kaunter tiket di jeti. Disebabkan pakej aku dah termasuk dengan tiket feri aku ahanya perlu cakap nama resort aku (pesan Puteri Bayu semasa tetapkan tarikh percutian). Kepada yang tiada pakej atau ‘bagpacker’ beli saja tiket di kaunter, harga tetap sama sehala RM10 seorang.



Feri bertolak dari Jeti Lumut jam 1.15 petang dan sampai jam 1.50 di Jeti Pangkor. Untuk pengetahuan, untuk sampai ke Jeti Pangkor, jangan turun diperhentian pertama tapi kedua. Jangan risau semasa anda beli tiket, penjaga kaunter akan maklumkan. Perjalanan memakan masa 35 minit untuk sampai. Tak rasa lama pun.



Sampai sahaja di Jeti Pangkor, anda boleh memilih ke tempat penginapan sama ada dengan sewa motosikal atau van. Mana nak cari? Mereka sendiri akan cari anda. Jadi aku memilih untuk naik van sebab aku belum mahir dengan persekitaran di Pangkor. Bayarannya RM10 ringgit satu van. Kalau motosikal satu hari sewaan berharga RM30. Jarak antara Jeti Pangkor ke Puteri Bayu Beach Resort tidak la jauh Cuma 2km lebih tapi kalau bawa beg besar pasti memenatkan.



Kebiasaan waktu ‘check in’ di Puteri Bayu jam 3 petang tapi bilik dah sedia untuk kedatangan aku dan isteri, kami dibenarkan ambil kunci dan voucher makan jam 2 petang. Okay, bilik yang ditempah betul-betul depan pantai. Derusan ombak sememangnya menenangkan. Fuhh! Sungguh mengasyikkan bila alunan ombak membadai persisir pantai. Tak perlu lagi mainkan lagu ‘Chillout Music’ macam dalam Youtube. Ini betul-betul semulajadi dan mendamaikan. Syahdu !




Siap jamak, aku rehat sebentar. Terleka dengan bunyi ombak, jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang. Aku berseorangan keluar mendapatkan perkhidmatan ‘Island Hopping’ dan ‘Snorkeling’. Aku sembang dengan pemilik bot untuk bawa kami ke Coral Bay dan juga pengenalan diri aku kepadanya. Banyak juga yang ngomelkan tapi itu sudah menjadi amalan aku jika sampai tempat baru atau pun tempat orang. Yelah kan, tempat orang budaya mereka sedikit berbeza walaupun sedikit. Banyak juga nasihat yang sampaikan kepada aku sebagai pelancong.


Aku balik ke resort setelah lama berbual dengan orang tempatan disitu. Sekitar jam 6 petang aku bawa isteri bersiar-siar di tepi pantai. Maklumlah waktu percutian aku ni adalah hari bermula persekolahan selepas cuti Hari Raya Haji. Berjalan-jalan ditepi pantai pun rasa seronok sebabnya tak ramai pelancong yang ada cuma penduduk tempatan yang mengusahakan bot dan perkhidmatan air sahaja. Siap rakam gambar sekeping dua, kami balik ke resort untuk mandi sebelum makan malam. Apa lagi, aku terjun laut dulu sebelum tunggu giliran mandi!




Waktu makan yang ditetapkan bagi makan malam di Puteri Bayu adalah sekitar jam 7.30 hingga 9 malam. Usai jamak aku dan isteri turun ke CoffeeHouse berhampiran lobi. Layanan yang diberikan cukup baik. Lauknya pula memang Ummphh! Tambah-tambah ketam masak lemak. Alahai, nasib tak ada lesung batu kalau tidak memang habis isi ketam tu disedut. Lebih kurang jam 9 setengah malam aku dengan isteri jalan-jalan digerai jualan yang menempatkan pelbagai koleksi cenderahati, baju dan lain barangan runcit 50 meter dari tempat penginapan. Biasalah penat makan dan berjalan, tambah lagi esok hari kedua banyak aktiviti nak dilakukan jadi kenalah rehat dan rebahkan badan dulu.


Hari Kedua

Selepas subuh aku siapkan entri  blog apa yang patut. Taip punya menaip dan pukul 9 pagi. Kami turun sarapan di CoffeeHouse, makanan yang disajikan memang membangkitkan selera. Asas yang diberikan adalah roti bakar dan jem. Kita boleh pilih ‘ala carte’ lain yang disediakan. Perut Melayu kampung biasalah mestilah nasi goreng, isteri pula pesan mee sup. Rasa enak membuatkan sampai habis semua makanan dibedal. 



9.40 pagi adalah orang telefon. Rupanya pak cik pemandu bot yang akan bawa kami snorkeling memanggil untuk beritahu aktiviti mula jam 10 sebab dia ada urusan di bank di pekan. Aku ok saja sebab kami belum sedia. Siap saja dengan pakaian yang sesuai, kami pergi ke tepi pantai yang tak jauh dari resort untuk bertemu dengan pemandu dan pemilik bot persendirian yang dalam lingkungan 40 ke 50 an. Dengan berbekalkan sebuku roti dan air mineral kami naik ke dalam bot. Untuk aktiviti snorkeling disarankan bawa air mineral kerana semasa menyelam kita terminum banyak air masin dan mengembalikan mineral dalam badan.



Cuaca yang cerah membolehkan kami menikmati ciptaan Tuhan yang teragung iaitu pemandangan laut yang menenangkan. Antara tempat menarik yang kami dibawa untuk melihat adalah Crocodile Stone, Nipah Bay, Mentanggor Island, Big Foot, Turle Head, Fish Breeding dan banyak lagi. Sebelum sampai di tempat snorkeling kami diberitahu antara Nipah Bay dengan Coral Island, kita boleh berjalan kaki pada musim Raya Cina walaupun nampak tidak logik tapi itu lah hakikat alam.





Okeh, dah sampai pun di Coral Island dimana tempat untuk aktiviti Fish Breeding dan snorkeling. Akhirnya aku seorang saja yang menyelam tengok ikan laut. Isteri takut sebab belum belajar berenang tapi percutian seterusnya aku akan pastikan dia ada lesen scuba terus. Hehe. Menyelam tengok ikan dan hidupan laut tak susah pun cuma kita jangan dekat dengan batu tepi laut takut terhempas oleh badai. Pengalaman menembak ikan semasa kecil dalam sungai membuatkan aku lemas untuk menggunakan corong pernafasan.







Lebih kurang setengah jam di Coral Island aku dan isteri ditinggalkan selama 1 jam di Monkey Bay untuk rilek dan mandi-manda. Sewaktu tiba masa untuk balik ke resort, barulah kera dan monyet datang cari makanan. Jam menunjukkan 12.30 tengah hari, air laut sedikit pasang. Pak cik Zainal, pemandu bot menekan minyak dengan kuat membuatkan kami merasa adrenalin bot dan melompat-lompat membelah alun yang sedikit tinggi. Untuk kiraan, tambang untuk satu bot termasuk semua aktiviti yang kami lalui adalah RM140. Kira ok la satu bot sebab minyak sekarang mana murah.





Puas sebaik turun dari bot. Kami bersihkan diri sebelum turun untuk makan tengah hari. Menu yang disajikan tak boleh nak cakap memang sedap! Tengoklah sendiri gambar kat bawah tu.



Untuk pusing pulau kami memilih menggunakan moto kerana tempohnya sehari berbanding van setengah jam. Cumanya kita perlu bawa sendiri tanpa pemandu pelancong. Bagi aku itu lebih selesa kerana tidak terkejar-kejar masa. Yang lawaknya helmet yang disediakan macam hampeh, muka masing-masing berubah jadi lawak.  Pakej yang kami ambil ni juga termasuk dengan sewa motosikal. Untuk nasihat, kita perlu berhati-hati sewaktu menunggang moto sebab di Pangkor ramai mat rempit dan orang kampungnya agak gampang, berhati-hati lah. Helmet jangan lupa pakai walau orang kampung tak pakai!



Antara tempat menarik yang kami singgah adalah Geleri Pangkor, Kota Belanda, Batu Bersurat, Teluk Nipah. Semasa di Galeri Pangkor, kami diberitahu oleh penjaga galeri yang kapal perjanjian pangkor sedang dibina semula dan kami sempat melihat kerana ia terletak dibelakang galeri. Penempatan di Pangkor majoritinya bangsa Cina dan Melayu. Pekerjaan yang diusahakan adalah nelayan, pembuatan kapal, satay makanan laut dan sektor pelancongan.




Lebih kurang 6 petang lebih kami pulang ke resort untuk rehat sementara tunggu makan malam. Untuk meneroka Pangkor, 3 hari 2 malam sudah memadai kerana keluasan pulau tidak sebesar Pulau Langkawi. Sekitar jam 8, kami meluru ke CoffeeHouse untuk makan malam. Menu malam ni berasaskan Steambot. Lauk melimpah ruah macam 4 orang makan. Sangat layan sampai rancang untuk keluar malam pusing-pusing sekitar pulau terbantut disebabkan kekenyangan. Tunggu apa lagi, tidur lah. Hehehe



Hari Ketiga

Macam biasa, untuk mengelakkan daripada terlepas daripada menikmati suasana pantai dan bunyi alun memukul pantai aku menaip entri di balkoni berhadapan dengan laut. Jam menunjukkan sejam sebelum pukul 10, masa sarapan dah tiba. Selesai makan aku terjun laut sekejap sebelum kemas barang untuk ‘check out’ jam 12. 




Setiba di Lumut, aku dan isteri rehat sambil basahkan tekak di gerai berhampiran jeti. Apa lagi, kami pesan ABC bersama cendol pulut. Sekitar jeti Lumut juga terdapat pelbagai barangan laut seperti ikan masin, ikan bilis, sotong dan pelbagai barangan makanan kering lain. Dari gerai ABC tadi pun dah boleh bau semua tu.
Memandangkan jalan pergi dan balik ikut arah Sabak Bernam-Teluk Intan, aku singgah sekejap di Bandar Teluk Intan nak bergambar di Menara Condong. Tidaklah menarik sangat cuma ia dahulunya menara tangki air dan menara jam. Sehingga kini hanya jam yang berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.




Siap berfoto, aku meneruskan perjalanan balik menghala ke Sabak Bernam. Kira-kira jarak dari Tanjung Karang ke Lumut sejauh 140 kilometer. Aku mencadangkan kepada yang nak pergi pangkor lebih baik ikut jalan belakang sebab macam-macam pemadangan kita nampak, tak lah bosan macam atas ‘highway’. Lagi pun tol pun tak ada. Hehe

Okay. Selamat mengembara !


Fakhrul Yaacob
11 Oktober 2014



















Saturday 4 October 2014

Rakyat Dipaksa Telan Tanpa Pilihan - Saiful Nang


Aku sebagai rakyat biasa amat terkesan dengan tulisan tajamnya. Tulisan Saiful Nang memang hebat. Begitu menyeluruh. Sudi baca tanpa berpaksikan akal politik tapi berasaskan jiwa marhean (rakyat biasa).

Isinya:
Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu. Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".


Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.
Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik dan kangkung? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.
Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.
Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.
Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.
Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.
Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.
Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara. Saya bukan mengeluh untuk diri saya, Alhamdulillah saya orang susah dahulu yang kini sudah senang. Minyak naik banyak kalipun insyaAllah saya masih mampu tetapi saya cuba mendengar dan memahami marhaen lainnya yang masih mengira syiling dalam saku untuk beli barang dapur.
Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.
//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.
///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

 Sumber: Facebook Saiful Nang

Monday 22 September 2014

Tetap Meneruskan

 


Semester akhir bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian) sangat sibuk dan sesak. Nafas waktu yang kian tercungap-cungap menanti tarikh akhir untuk dihantar tak berapa lama. 

Semester akhir kali ini aku perlu menyiapkan tiga projek yang memerlukan ketelitian dan kualiti dalam penghasilannya. Bahagian yang paling kompleks adalah membaca jurnal yang tebal-tebal. Fuhh!!

Projek peribadi Horizon Persepsi aku tertangguh dek kerana kalut dengan tugasan pelajaran. InsyaAllah selepas lenggang masa dan waktu aku akan terus kembali menaip membereskan projek peribadi aku kerana ia sebuah projek yang sangat memberi impak kepada golongan yang membaca.

Ohh…tajuk kertas kerja kajian aku adalah “Significance of Using Mobile Library Application Towards Academic Digital Library”. Sudilah membaca nanti kerana banyak input yang boleh dijana terutama bahagian perpustakaan digital.

Ehh!  Tulis banyak-banyak entri ni tak siap pula kerja aku.

Okay, doakan aku untuk cemerlang ya !

Fakhrul Yaacob
Universiti Selangor
22 September 2014