Manusia = tamak @ tamak = manusia
Sikap
tamak sering kali tidak pernah hilang dari manusia. Bila dah dapat satu mesti
nak satu lagi. Tanpa memikirkan apa akan berlaku, perasaan orang lain dan
sesiapa pun di sekeliling. Yang mereka tahu, nak lagi dan lagi.
Manusia
mempuanyai akal dan dapat berfikir dengan waras berbeza dengan haiwan. Kita tengok
sajalah dalam rancangan Animal Planet @
National Geography, ia menceritakan haiwan – haiwan termasuklah sepsis reptilia.
Seperti yang kita tahu, reptilia terdiri daripada haiwan – haiwan yang ganas
tetapi apabila salah seekor daripada mereka dapat hasil buruan, mereka akan
kongsikan bersama – sama puak mereka. Haiwan – haiwan ini tidak tamak atau
dengan bahasa mudah, makan sendirian.
Manusia
bila mendapat sesuatu pasti nak lagi. Tengok sajalah bila ada sumbangan atau
bantuan yang disampaikan semasa bulan puasa atau semasa perayaan. Mereka ini
sanggup menipu bermacam – macam cara untuk mendapat sumbangan kali kedua. Sikap
tamak ini kadang kala menyebabkan orang belakang yang sepatutnya menerima
sumbangan tidak dapat. Lebih parah lagi, mereka yang tidak layak mendapat
sumbangan (berkemampuan) juga datang untuk mengambil sumbangan tanpa segan –
silu dan bermuka tebal.
Orang
yang tamak dan rakus ini harus sedar akan mereka yang kurang bernasib baik dan
berhak mendapatkan hak mereka. Tolehlah ke belakang sebentar supaya kita dapat
melihat mereka yang di belakang agar kita tidak lupa akan diri kita.
No comments:
Post a Comment