Zaman kecil-kecil memang seronok!
“Mai masuk makan ni, pi mana anak bertuah ni panas – panas lagu ni?”
Aku dengar apa yang dikatakan oleh mak tetapi sayu – sayu kedengaran. Sememangnya zaman kanak – kanak tidak membataskan had waktu untuk aku bermain dengan dunia penuh indah. Pokok – pokok, parit – parit kampung yang penuh dengan ikan selalu menjadi tempat aku panjat dan berkubang dengan kawan. Bukan ikan atau udang di parit yang ku cari tapi kegembiraan yang sentiasa tidak dapat dipenuhi oleh waktu yang dikejar. Huhu. Sungai bekalang rumah yang dahulunya jernih dan bersih menjadi tempat aku mandi berjam- jam sampai kecut jari – jemariku.
Sekali lagi suara mak bertanyakan nenek tentang keberadaaanku.
“Nampak budak bertuah tu mak?”
“Tadi naik ‘gerek’ (basikal) dengan kawan – kawan dia pi belah hulu. Pastu tak tau ghaib pi mana pulak entah.”
Itulah yang menjadi kegelisahan setiap hari di hati kasih seorang ibu.
Cari.
Dan terus mencari! Rupanya mak jumpa aku yang masih bermain dengan kawan – kawan.
Apa lagi! Mak terus ligan (kejar) aku balik rumah.
Tanpa membuang masa, aku lari laju – laju. Itulah adegan sewaktu aku kecil – kecil.
Nah. Balik rumah aku terus masuk bilik air, mandi. Di luar pintu aku kedengaran mak berleter panjang – panjang. Keluar dari bilik mandi, aku sabar mendengar leteran ibu kerana aku sedar salahku. Tapi itulah peranan ibu untuk mengajar, mendidik, menasihat aku.
Tiba suatu pagi Ahad sewaktu aku berumur 3 tahun!
Aku dengan kawan aku pergi bermain di sempadan Thailand di mana tempat mak aku berniaga....
Ketika itu juga, tempat yang aku bermain merupakan telaga sisa minyak buangan jentera berat. Beberapa seketika, aku terjatuh dalam telaga yang penuh dengan minyak bercampur dengan air hujan. Hampir setengah jam, aku berada di dasar telaga yang berketinggian 2 meter. Tidak lemas walaupun dalam!. Aku rasakan bagai dikelilingi oleh haiwan – haiwan reptilia besar yang seakan – akan mahu menemani aku. Aku rasa gembira yang amat sangat di dasar telaga itu. Bahagia. Bahagia sangat – sangat.
Sampai suatu ketika rakan aku panggil orang yang lalu – lalang di kawasan itu untuk menangkat aku dari dasar. Aku dikejarkan ke Hospital Besar Kangar. Berbotol – botol air dimasukkan ke dalam badan aku bagi mengeluarkan minyak kotor. Selama seminggu keluarga aku bergilir – gilir menjaga aku siang malam sebelum aku keluar dari wad.
Aku bersyukur dapat melihat dunia ini sekali lagi. Dapat menikmati dunia dan segala isi bumi. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Syukur. Aku bersyukur dapat dan masih di sisi keluarga tercinta.
Alhamdulliah.
No comments:
Post a Comment