Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Mengasihani.
Berbekalkan semangat, impian dan kesungguhan,
aku mula menapak setapak demi setapak bermula hari ni setelah lama mengumpul
tajuk-tajuk yang sesuai ditulis dalam buku. Buku yang dimaksudkan adalah
berkonsepkan pembangunan diri dan membuka persepsi baru di dalam dunia
terutamanya ketika berfikir dan bertindak.
Seiring dengan dunia moden kini, aku mahu
pembaca mudah memahami dan santai ketika membaca supaya pembaca tak rasa bosan
menghabiskan baris-baris ayat yang dikarang. Aku akan cuba sedaya upaya untuk
menghasilkan tulisan berkualiti dan boleh terkesan sekaligus mempraktikkan
persepsi yang positif dalam kehidupan pembaca.
Tujuan utama aku menulis buku ini adalah cuba
membentuk dan mengubah cara individu dan masyarakat itu berfikir sebaik saja
terjaga dari tidur sehinggalah kembali terbuai mimpi, dari kecil kehidupan individu
itu sehingga tua. Kumpulan sasaran bagi karya ini adalah bagi mereka yang
remaja kerana pada waktu ini lah mereka akan menentukan siapa mereka dan ke
mana mereka mahu membawa diri selepas tamat sesi persekolahan. Buku ini juga boleh
dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana penyampaiannya menggunakan bahasa
yang mudah dan santai.
Lebih kurang 50 tajuk terselit dalam buku ini
di mana semuanya amat berkait rapat dengan kehidupan dan cara individu itu
bertindak dari segi, emosi, percakapan dan juga tindakan. Buku ini bukanlah
mahu mengubah watak seseorang pada asalnya tetapi mahu membentuk, memotivasikan
sesuatu yang positif dan mengambil yang negatif sebagai sempadan untuk kita dan
masyarakat berubah ke arah minda kelas pertama.
Selain itu, aku ingin menyahut seruan Ilahi
yang telah berpesan bahawa: “sesungguhNya Allah tidak akan mengubah keadaan
sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.
Sekian.
Fakhrul Yaacob
02 Januari 2014
No comments:
Post a Comment