Sunday, 29 December 2013

Bantah Kos Sara Hidup Bukan Guling Kerajaan



Himpunan 31 Disember 2013 bukanlah himpunan bagi meraih keuntungan parti politik tertentu  tetapi ia adalah suatu luahan rakyat terhadap penindasan dan kenaikan harga barang oleh kerajaan persekutuan yang semakin gila. Himpunan ambang 2014  bukanlah bertujuan untuk mengguling kerajaan tetapi protes rakyat di tahap maksima dan bukanlah seperti propaganda atau penipuan oleh media kerajaan dan media pro kerajaan yang digembar gemburkan.

Seperti yang saya tahu, tiada parti politik yang terlibat dalam penganjuran tetapi ia adalah usaha sama rakyat yang mahu bangkit lawan ketirisan, penindasan dan keborosan dalam mengurus wang rakyat. Mudah bicara, ketidak bijakkan kerajaan persekutuan menyebabkan rakyat yang terpaksa tanggung dalam pada itu kuasawan terus menikmati kemewahan yang sepatutnya turut dirasai oleh rakyat.

Perjuangan atau protes ini adalah bersifat rakyat. Tiada apa yang boleh digambarkan selain kebencian rakyat terhadap rasuah, penyelewengan dan keborosan pemerintah untuk memenangi hati kroni mereka disampaing memenuhkan kantung sendiri. Kuasawan adalah mereka yang berkuasa dan murbawan adalah rakyat biasa yang tiada kuasa mahupun pengaruh. Jika rakyat terpaksa menanggung beban hutang negara, kerajaan juga perlu berjimat dalam segala hal berkaitan duit rakyat.

Media pro kerajaan dan individu berpengaruh kerajaan yang menjadi alat aparat dakyah regim menyatakan himpunan yang akan diadakan adalah ‘himpunan haram’ dan bukan platform terbaik bagi membantah kenaikan harga barang. Persoalannya, adakah menteri-menteri ‘cerdik’ ini dengar keluhan rakyat marhean? Buktinya satu persatu harga barang naik selepas mendapat mandat baru. Secara peribadi rakyat sudah pun menyatakan ketidakpuasan hati perihal kenaikan harga barang dan turun berdemonstrasi adalah platform terakhir dan jika berdemonstrasi bukan platform terbaik, maka apa medium yang terbaik?

Sambutan tahun baru dengan himpunan meluahkan rasa perit rakyat adalah lebih baik daripada mengadakan konsert sambutan yang terpaksa membelanjakan bajet yang tinggi sehingga berbelas juta. Disamping itu, sambutan tahun baru ala barat menggalakan perzinaan dek kerana terlalu gembira melihat percikan bunga api dan pekikan lagu yang menaikkan nafsu. Tetapi jika dapat menghadirkan diri di taman-taman syurga atau pun program yang bersifat spiritual adalah sangat baik.



Secara peribadi, himpunan malam tahun baru bukan untuk mengguling kerajaan tetapi bertujuan memprotes kenaikan harga barang seperti harga gula, bahan api (petrol & diesel), cukai pintu, tambang bas sekolah, tarif elektrik, tol dan perlaksanaan cukai perkhidmatan kerajaan (GST). Kerajaan boleh terus perintah negara asalkan tidak membebankan rakyat yang purata gaji bagi penduduk kota sekitar RM2500 ke bawah. Tapi adalah mustahil kerana sejak mendapat mandat baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pelbagai kenaikan harga barang terjadi dan sukar dibendung kerana mereka yang berkuasa untuk menentukan itu dan ini.


Kesimpulanya, himpunan malam tahun baru 2014 bukan pengakhiran tetapi permulaan kebangkitan rakyat melawan penindasan terhadap rakyat marhean tanpa mengharapkan parti politik sebagai penganjur. Apa cara sekali pun, rakyat perlu melawan penindasan, rasuah dan pemborosan oleh kerajaan yang akibatnya rakyat sendiri perlu menanggung beban. Himpunan 31 Disember 2013 bukan untuk mengguling kerajaan tetapi memprotes kenaikan harga barang yang semakin menggila. 

Selamat Tahun Baru 2014

Fakhrul Yaacob
30 Disember 2013
Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment