Apa yang
sering kita nampak tidaklah sama dengan keadaan sebenar. Pengalaman saya
bekerja separuh masa semasa cuti semester di stesen petrol membuka mata saya
tentang kepentingan menyediakan juruwang yang mencukupi bagi sesuatu premis
ataupun apa-apa yang melibatkan perlunya ada lebih juruwang.
Selain dari
kebajikan pekerja dari segi elaun, uniform dan sebagainya yang melibatkan
kebajikan, majikan perlu peka akan waktu solat pekerja. Seperti mana pekerja diberi amanah dan
tanggungjawab untuk menjaga kewangan dan aliran keluar masuk duit syarikat, mereka
juga punyai amanah yang lebih besar iaitu mengadap Tuhan.
Permasalahan
yang utama disini adalah ketika pekerja dibahagian kaunter tidak mencukupi akan
berlaku kepincangan dalam sesebuah syarikat. Terutamanya bila mana pekerja
tidak sempat untuk solat dek kerana sibuk dengan melayan urusan pelanggan. Dari
segi logiknya apabila pekerja tidak sempat solat akan menyebabkan akhlak
seseorang pekerja itu menjadi tidak menentu dan ini sekaligus akan sedikit
sebanyak memberi impak kepada ummah dan organisasi itu sendiri.
Secara rasioanalnya
majikan perlu peka dan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang penting kerana
ini melibatkan soal ibadah seseorang itu. Majikan perlu juga bijak mengatur semula
jadual pekerja bagi memudahkan mereka menunaikan solat pada waktu yang
ditetapkan. Selain itu, antara solusi lain adalah menambah kemahiran seseorang
pekerja agar mereka mampu melakukan semua kerja bila mana diperlukan. Pelbagai lagi
solusi lain yang boleh diguna pakai supaya waktu solat pekerja tidak terjejas. Semoga
semua majikan ambil berat.
Sekian.
Fakhrul Yaacob
10 Januari
2014
No comments:
Post a Comment