Himpunan
31 Disember 2013 bukanlah himpunan bagi meraih keuntungan parti politik
tertentu tetapi ia adalah suatu luahan
rakyat terhadap penindasan dan kenaikan harga barang oleh kerajaan persekutuan
yang semakin gila. Himpunan ambang 2014
bukanlah bertujuan untuk mengguling kerajaan tetapi protes rakyat di
tahap maksima dan bukanlah seperti propaganda atau penipuan oleh media kerajaan
dan media pro kerajaan yang digembar gemburkan.
Seperti
yang saya tahu, tiada parti politik yang terlibat dalam penganjuran tetapi ia
adalah usaha sama rakyat yang mahu bangkit lawan ketirisan, penindasan dan
keborosan dalam mengurus wang rakyat. Mudah bicara, ketidak bijakkan kerajaan
persekutuan menyebabkan rakyat yang terpaksa tanggung dalam pada itu kuasawan
terus menikmati kemewahan yang sepatutnya turut dirasai oleh rakyat.
Perjuangan
atau protes ini adalah bersifat rakyat. Tiada apa yang boleh digambarkan selain
kebencian rakyat terhadap rasuah, penyelewengan dan keborosan pemerintah untuk
memenangi hati kroni mereka disampaing memenuhkan kantung sendiri. Kuasawan
adalah mereka yang berkuasa dan murbawan adalah rakyat biasa yang tiada kuasa
mahupun pengaruh. Jika rakyat terpaksa menanggung beban hutang negara, kerajaan
juga perlu berjimat dalam segala hal berkaitan duit rakyat.
Media
pro kerajaan dan individu berpengaruh kerajaan yang menjadi alat aparat dakyah
regim menyatakan himpunan yang akan diadakan adalah ‘himpunan haram’ dan bukan
platform terbaik bagi membantah kenaikan harga barang. Persoalannya, adakah
menteri-menteri ‘cerdik’ ini dengar keluhan rakyat marhean? Buktinya satu
persatu harga barang naik selepas mendapat mandat baru. Secara peribadi rakyat
sudah pun menyatakan ketidakpuasan hati perihal kenaikan harga barang dan turun
berdemonstrasi adalah platform terakhir dan jika berdemonstrasi bukan platform
terbaik, maka apa medium yang terbaik?
Sambutan
tahun baru dengan himpunan meluahkan rasa perit rakyat adalah lebih baik
daripada mengadakan konsert sambutan yang terpaksa membelanjakan bajet yang
tinggi sehingga berbelas juta. Disamping itu, sambutan tahun baru ala barat
menggalakan perzinaan dek kerana terlalu gembira melihat percikan bunga api dan
pekikan lagu yang menaikkan nafsu. Tetapi jika dapat menghadirkan diri di
taman-taman syurga atau pun program yang bersifat spiritual adalah sangat baik.
Secara
peribadi, himpunan malam tahun baru bukan untuk mengguling kerajaan
tetapi bertujuan memprotes kenaikan harga barang seperti harga gula, bahan api
(petrol & diesel), cukai pintu, tambang bas sekolah, tarif elektrik, tol
dan perlaksanaan cukai perkhidmatan kerajaan (GST). Kerajaan boleh terus
perintah negara asalkan tidak membebankan rakyat yang purata gaji bagi penduduk
kota sekitar RM2500 ke bawah. Tapi adalah mustahil kerana sejak mendapat mandat
baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pelbagai kenaikan harga barang
terjadi dan sukar dibendung kerana mereka yang berkuasa untuk menentukan itu dan
ini.
Kesimpulanya,
himpunan malam tahun baru 2014 bukan pengakhiran tetapi permulaan kebangkitan
rakyat melawan penindasan terhadap rakyat marhean tanpa mengharapkan parti
politik sebagai penganjur. Apa cara sekali pun, rakyat perlu melawan penindasan,
rasuah dan pemborosan oleh kerajaan yang akibatnya rakyat sendiri perlu
menanggung beban. Himpunan 31 Disember 2013 bukan untuk mengguling kerajaan
tetapi memprotes kenaikan harga barang yang semakin menggila.
Selamat
Tahun Baru 2014
Fakhrul
Yaacob
30
Disember 2013
Negeri Sembilan