Jiwa aku sama macam orang lain yang mahu
mencapai impian. Bukan mudah untuk menggapai impian kerana perlu diiringi
dengan usaha dan semangat yang tinggi.
Motivasi yang hebat perlu diterapkan bagi
impian apa yang kita hajatkan tercapai. 5 Oktober 2013 lepas aku pergi ke
pameran yang ilmiah yang dapat membangkitkan motivasi yang aku cari-cari untuk
mengbangkitkan ‘mood’ untuk menggapai impian aku.
Menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di
negara barat adalah salah satu impian aku. Hidup ini perlu pengalaman dan ilmu
yang luas meski pun terpaksa menuntut ilmu sampai negara luar.
Adanya Education UK Exhibition memberi ruang
kepada aku untuk lebih bersemangat dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi. Ditemani rakan, aku terus menggeledah pameran yang penuh motivasi
secara peribadi kepada aku.
Pelbagai universiti dari United Kingdom
mengambil bahagian antaranya yang menarik perhatian aku adalah Aberystwyth University
& Loughborough University yang menawarkan pengajian sarjana dalam bidang
kepustakawanan.
Harap 2, 3 tahun lagi selepas tamat pengajian
aku peringkat sarjana muda. Aku boleh terbang merantau di bumi Inggeris yang
penuh dengan ilmu yang hebat.
Fakhrul Yaacob
05 Oktober 2013
KLCC
No comments:
Post a Comment