Friday, 26 October 2012

Nak balik raya!




Tiket aku dan isteri pukul 11 malam. Raya haji ini kami balik Negeri 9 saja sebab cuti hanya 3 hari, jadi Perlis lain kali saja balik. Bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya, ada lagi yang adventure semasa dalam perjalanan ke KL Sentral. 

Jam menunjukan tepat pukul 7 setengah, moto aku hidupkan bagi membelah jalan ke KTM Sungai Buloh. Separuh perjalanan ok saja, cuaca cerah walaupun sudah malam. Sebaik melalui Penjara Sungai Buloh, hujan membasuh aku dan isteri. Basah lencun aku dibuatnya, maklumlah yang duduk didepan mestilah basah dulu dari orang belakang. 

Sambil meredah hujan, aku sempat melihat perhentian bas, bawah jambatan banyak pembonceng - pembonceng berteduh dari hujan. Aku meredah lagi, tapi kali ini aku tidak tahan sebab jalan pun tak berapa nampak, air atas jalan pun makin bertakung. Aku berhenti di stesen minyak Esso bagi menunggu hujan reda. 

Memang sejuk gila aku dan isteri. Jam menunjukan pukul 8.30 malam. Aku menungggu dengan sabar bersama isteri tercinta. Berboraklah kami berdua sambil menanti hujan renyai. Sekarang sudah jam 9.00, aku terpaksa gerak meredah hujan walaupun hujan masih lebat. Basah lagi aku dengan isteri. Bukan apa, kalau tunggu jugak keretapi ke Negeri 9 mesti terlepas. 

Sesampai di KTM Sungai Buloh, aku memakirkan moto diruang berbumbung. Kami sama - sama kesejukan ditambah pula dengan angin yang ditiup ke arah kami. Komuter sampai, ruang dalam komuter begitu lengang tidak seperti hari - hari biasa. Aku tidak perlu memilih tempat duduk. 

Setelah 40 minit dalam kesejukan penghawa dingin ditambah pula dengan baju basah, kami sampai di KL Sentral. Aku mengambil secawan kopi panas di McD untuk memanaskan diri yang menggeletar. Selang beberapa minit keretepi ke Woodland tiba, apa yang aku dan isteri harapkan adalah supaya penghawa dingin tidak terlalu sejuk. 

Selepas makan makanan yang dibeli sebelum naik keretapi, aku dan isteri tertidur dek sejuk. Tepat jam 2 pagi kami tiba di Stesen Gemas. Kami diiumput oleh ayah. Sesampai dirumah, aku terus hilangkan diri di atas katil. Mujurlah sempat aku bangun subuh dan bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidiladha. 

Selamat Hari Raya 2012, semoga tahun depan jumpa lagi :-)

No comments:

Post a Comment