Saturday, 20 October 2012

Pertama kali konvo!




Puas rasanya dapat meraikan hasil daripada belajar selama 2 tahun setengah dalam Diploma Sains Perpustakaan.

“Abg, tolong angkat tangan baju jubah tu kejap. Susah nak iron baju gemok ni” kata isteriku sambil menggosok baju jubah kami untuk konvo esok hari. Padanya apa -  apa yang besar pasti dia akan gelarkan ia gemok termasuklah baju.

Ketika sampai di pekarangan dewan konvo, aku dan isteri cepat – cepat daftar nama. Walaupun belum pukul 8, kawan – kawan konvo lain sudah tiba dengan keluarga masing – masing, ramai sekali. Isteri aku tolong pakaikan jubah dan topi untukku sebelum beratur masuk dewan.

Berdebar rasanya bila perarakan masuk para graduan ke dalam dewan. Kami duduk menunggu perarakan, pensyarah – pensyarah, dekan – dekan, senat dan pro – canselor. Setelah Pemangku Presiden & Naib Canselor, Prof. Dr. Hj Anuar bin Haji. Ahmad membuat ucapan, tiba masa untuk Pro – Canselor, Dato’ Setia Dr. Hj. Anuar bin Hj. Masduki untuk mengumumkan sidang 3 dibuka.

Kini Dekan Fakulti Pendidikan & Sains Sosial (FPSS), Prof. Dr. Mujaini bin Tarimin mengumumkan graduan dari fakultinya.

“Seterusnya, Ahmad Fakhrul Syazwan bin Mohd Yaacob”. Nama aku disebut untuk menerima anugerah. Tahulah rasanya saat berjalan depan ribuan orang dalam dewan. Aku terima skrol daripada Pro – Canselor. Aku senyum depan jurugambar. Hadirin yang ada pada masa tu termasuklah kedua ibu bapaku, mentua, isteri, rakan – rakan seperjuangan dan pensyarah – pensyarah.

Setelah kembali duduk di kerusi, aku gembira tak terkata sebab dapat meraikan pengajianku. Bagi aku, apa yang aku berjaya capai aku akan raikan dengan cara aku tersendiri termasuklah kejayaan yang kecil.
Aku tidak konvo keseorangan tapi berdua dengan isteriku tercinta. Dia juga satu bidang denganku dan satu kelas. Istimewa rasanya bila sama – sama konvo walaupun usia kami baru 21 tahun.
Sekali lagi Pro – Canselor mengumumkan, “Graduan hari ini adalah Alumni Universiti Selangor”. Kami tepuk tangan tanda gembira.

Selesai majlis!

Tapi aku dan isteri tidak boleh pengang lagi title yang diberikan sebabnya kami sambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian).

Tunggu! 3 tahun lagi kami kembali ke dalam dewan yang sama untuk terima Ijazah pula.hehe J

No comments:

Post a Comment