Tuesday, 18 December 2012

Rancang masa


Masa. Perkataan yang sangat terkenal sebelum zaman masihi lagi. Pelbagai ungkapan telah dicipta antaranya, 'masa itu ibarat emas'. Di dalam Al - quran juga telah disebut beberapa kali mengenai masa seperti ' wal'as ( demi masa ), waddhuha ( demi waktu dhuha), wallail ( demi waktu malam), dan walfajr ( demi waktu fajar).

Sempena cuti sekolah ini, banyak masa boleh dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat berbanding membuang masa dengan sia - sia. Kita tengok sajalah muda - mudi, remaja dan anak - anak kita pada masa kini. Acap kali mereka lebih suka melepak, bermain 'video game' dan bergaul tanpa batasan aurat dan waktu. Dari pagi ke petang, dari petang ke malam dan begitulah seterusnya. Tak hiraukan masjid, surau dan keluarga. Masa cuti, yang ada terbuang begitu saja.

Di sini pengurusan dan perancangan perlu ditegaskan bermula dari institusi kekeluargaan lagi. Sediakan jadual atau perancangan masa setiap hari untuk anak - anak dengan bermanfaat. Adakan masa untuk mereka ke masjid, jemaah sama - sama, makan sama - sama keluarga dan sediakan bahan bacaan yang membantu menambahkan pengetahuan am mahupun akademik. Dan jangan lupa untuk mengaji Al - quran dan memahami maksudnya.

Jika ada rezeki lebih, bawalah keluarga bercuti atau melancong ke tempat - tempat menarik yang boleh membuka mata dan menghilangkan stress sebelum persekolahan baru bermula. Jadi rancanglah masa dengan bijaksana supaya kita dapat mengisi sepenuh masa cuti dengan aktiviti - aktiviti yang bermanfaat.

Jangan bazir masa!

No comments:

Post a Comment