Friday, 10 October 2014

Segarkan Badan 3D2N di Pulau Pangkor

Hari Pertama

Dengan berbekalkan pakej MATTA Fair yang dikunjungi, maka terciptalah destinasi ke Pulau Pangkor. Kali ini aku memilih tempat penginapan bersama isteri (pasangan) di Puteri Bayu Beach Resort. Bayarannya agak mahal kalau dikira hanya untuk penginapan tetapi ia sangat berbaloi apabila termasuk dengan pakej lain antaranya:
  • ·         Tiket feri pergi dan balik (tiket terbuka)
  • ·         Makan (makan malam 2x, sarapan 2x, makan tengah hari 1x)
  • ·         Island tour (motosikal@van)

Memandangkan Pulau Pangkor tidak sebesar Pulau Langkawi, 3D 2N sudah cukup untuk meneroka pulau ini. Perjalanan kami bermula seawal jam 9.30 pagi dari arah Kuala Selangor ke Teluk Intan dan tiba di Jeti Lumut jam 12.10 tengahari. Bagi yang pertama kali nak pergi ke Pulau Pangkor boleh ikut jalan ini kerana tiada tol dan menjimatkan masa. Tips yang mudah untuk sampai ke Jeti Lumut adalah terus saja ikut papan tanda arah Lumut, Lumut sehingga jumpa arah Jeti Lumut, Pulau Pangkor.


Bagi yang bawa kereta sendiri tak perlu pening kepala cari tempat pakir. Aku cadangkan pakir di SK Methodist sekitar Jeti Lumut. Kadar sewa pakir sehari RM10 tetapi kalau sebulan RM30. Bagi yang tak tau bila nak balik dari percutian lebih baik ambil pakej yang sebulan. Caranya mudah, masuk saja ke sekolah tu dan pakir di padang sekolah. Cumanya nanti kita diminta isi borang pakir bagi tujuan keselamatan dan disitu anda akan mengetahui kenapa SK Methodist buat perkhidmatan pakir.

 


Okay, aku terus ke kaunter tiket di jeti. Disebabkan pakej aku dah termasuk dengan tiket feri aku ahanya perlu cakap nama resort aku (pesan Puteri Bayu semasa tetapkan tarikh percutian). Kepada yang tiada pakej atau ‘bagpacker’ beli saja tiket di kaunter, harga tetap sama sehala RM10 seorang.



Feri bertolak dari Jeti Lumut jam 1.15 petang dan sampai jam 1.50 di Jeti Pangkor. Untuk pengetahuan, untuk sampai ke Jeti Pangkor, jangan turun diperhentian pertama tapi kedua. Jangan risau semasa anda beli tiket, penjaga kaunter akan maklumkan. Perjalanan memakan masa 35 minit untuk sampai. Tak rasa lama pun.



Sampai sahaja di Jeti Pangkor, anda boleh memilih ke tempat penginapan sama ada dengan sewa motosikal atau van. Mana nak cari? Mereka sendiri akan cari anda. Jadi aku memilih untuk naik van sebab aku belum mahir dengan persekitaran di Pangkor. Bayarannya RM10 ringgit satu van. Kalau motosikal satu hari sewaan berharga RM30. Jarak antara Jeti Pangkor ke Puteri Bayu Beach Resort tidak la jauh Cuma 2km lebih tapi kalau bawa beg besar pasti memenatkan.



Kebiasaan waktu ‘check in’ di Puteri Bayu jam 3 petang tapi bilik dah sedia untuk kedatangan aku dan isteri, kami dibenarkan ambil kunci dan voucher makan jam 2 petang. Okay, bilik yang ditempah betul-betul depan pantai. Derusan ombak sememangnya menenangkan. Fuhh! Sungguh mengasyikkan bila alunan ombak membadai persisir pantai. Tak perlu lagi mainkan lagu ‘Chillout Music’ macam dalam Youtube. Ini betul-betul semulajadi dan mendamaikan. Syahdu !




Siap jamak, aku rehat sebentar. Terleka dengan bunyi ombak, jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang. Aku berseorangan keluar mendapatkan perkhidmatan ‘Island Hopping’ dan ‘Snorkeling’. Aku sembang dengan pemilik bot untuk bawa kami ke Coral Bay dan juga pengenalan diri aku kepadanya. Banyak juga yang ngomelkan tapi itu sudah menjadi amalan aku jika sampai tempat baru atau pun tempat orang. Yelah kan, tempat orang budaya mereka sedikit berbeza walaupun sedikit. Banyak juga nasihat yang sampaikan kepada aku sebagai pelancong.


Aku balik ke resort setelah lama berbual dengan orang tempatan disitu. Sekitar jam 6 petang aku bawa isteri bersiar-siar di tepi pantai. Maklumlah waktu percutian aku ni adalah hari bermula persekolahan selepas cuti Hari Raya Haji. Berjalan-jalan ditepi pantai pun rasa seronok sebabnya tak ramai pelancong yang ada cuma penduduk tempatan yang mengusahakan bot dan perkhidmatan air sahaja. Siap rakam gambar sekeping dua, kami balik ke resort untuk mandi sebelum makan malam. Apa lagi, aku terjun laut dulu sebelum tunggu giliran mandi!




Waktu makan yang ditetapkan bagi makan malam di Puteri Bayu adalah sekitar jam 7.30 hingga 9 malam. Usai jamak aku dan isteri turun ke CoffeeHouse berhampiran lobi. Layanan yang diberikan cukup baik. Lauknya pula memang Ummphh! Tambah-tambah ketam masak lemak. Alahai, nasib tak ada lesung batu kalau tidak memang habis isi ketam tu disedut. Lebih kurang jam 9 setengah malam aku dengan isteri jalan-jalan digerai jualan yang menempatkan pelbagai koleksi cenderahati, baju dan lain barangan runcit 50 meter dari tempat penginapan. Biasalah penat makan dan berjalan, tambah lagi esok hari kedua banyak aktiviti nak dilakukan jadi kenalah rehat dan rebahkan badan dulu.


Hari Kedua

Selepas subuh aku siapkan entri  blog apa yang patut. Taip punya menaip dan pukul 9 pagi. Kami turun sarapan di CoffeeHouse, makanan yang disajikan memang membangkitkan selera. Asas yang diberikan adalah roti bakar dan jem. Kita boleh pilih ‘ala carte’ lain yang disediakan. Perut Melayu kampung biasalah mestilah nasi goreng, isteri pula pesan mee sup. Rasa enak membuatkan sampai habis semua makanan dibedal. 



9.40 pagi adalah orang telefon. Rupanya pak cik pemandu bot yang akan bawa kami snorkeling memanggil untuk beritahu aktiviti mula jam 10 sebab dia ada urusan di bank di pekan. Aku ok saja sebab kami belum sedia. Siap saja dengan pakaian yang sesuai, kami pergi ke tepi pantai yang tak jauh dari resort untuk bertemu dengan pemandu dan pemilik bot persendirian yang dalam lingkungan 40 ke 50 an. Dengan berbekalkan sebuku roti dan air mineral kami naik ke dalam bot. Untuk aktiviti snorkeling disarankan bawa air mineral kerana semasa menyelam kita terminum banyak air masin dan mengembalikan mineral dalam badan.



Cuaca yang cerah membolehkan kami menikmati ciptaan Tuhan yang teragung iaitu pemandangan laut yang menenangkan. Antara tempat menarik yang kami dibawa untuk melihat adalah Crocodile Stone, Nipah Bay, Mentanggor Island, Big Foot, Turle Head, Fish Breeding dan banyak lagi. Sebelum sampai di tempat snorkeling kami diberitahu antara Nipah Bay dengan Coral Island, kita boleh berjalan kaki pada musim Raya Cina walaupun nampak tidak logik tapi itu lah hakikat alam.





Okeh, dah sampai pun di Coral Island dimana tempat untuk aktiviti Fish Breeding dan snorkeling. Akhirnya aku seorang saja yang menyelam tengok ikan laut. Isteri takut sebab belum belajar berenang tapi percutian seterusnya aku akan pastikan dia ada lesen scuba terus. Hehe. Menyelam tengok ikan dan hidupan laut tak susah pun cuma kita jangan dekat dengan batu tepi laut takut terhempas oleh badai. Pengalaman menembak ikan semasa kecil dalam sungai membuatkan aku lemas untuk menggunakan corong pernafasan.







Lebih kurang setengah jam di Coral Island aku dan isteri ditinggalkan selama 1 jam di Monkey Bay untuk rilek dan mandi-manda. Sewaktu tiba masa untuk balik ke resort, barulah kera dan monyet datang cari makanan. Jam menunjukkan 12.30 tengah hari, air laut sedikit pasang. Pak cik Zainal, pemandu bot menekan minyak dengan kuat membuatkan kami merasa adrenalin bot dan melompat-lompat membelah alun yang sedikit tinggi. Untuk kiraan, tambang untuk satu bot termasuk semua aktiviti yang kami lalui adalah RM140. Kira ok la satu bot sebab minyak sekarang mana murah.





Puas sebaik turun dari bot. Kami bersihkan diri sebelum turun untuk makan tengah hari. Menu yang disajikan tak boleh nak cakap memang sedap! Tengoklah sendiri gambar kat bawah tu.



Untuk pusing pulau kami memilih menggunakan moto kerana tempohnya sehari berbanding van setengah jam. Cumanya kita perlu bawa sendiri tanpa pemandu pelancong. Bagi aku itu lebih selesa kerana tidak terkejar-kejar masa. Yang lawaknya helmet yang disediakan macam hampeh, muka masing-masing berubah jadi lawak.  Pakej yang kami ambil ni juga termasuk dengan sewa motosikal. Untuk nasihat, kita perlu berhati-hati sewaktu menunggang moto sebab di Pangkor ramai mat rempit dan orang kampungnya agak gampang, berhati-hati lah. Helmet jangan lupa pakai walau orang kampung tak pakai!



Antara tempat menarik yang kami singgah adalah Geleri Pangkor, Kota Belanda, Batu Bersurat, Teluk Nipah. Semasa di Galeri Pangkor, kami diberitahu oleh penjaga galeri yang kapal perjanjian pangkor sedang dibina semula dan kami sempat melihat kerana ia terletak dibelakang galeri. Penempatan di Pangkor majoritinya bangsa Cina dan Melayu. Pekerjaan yang diusahakan adalah nelayan, pembuatan kapal, satay makanan laut dan sektor pelancongan.




Lebih kurang 6 petang lebih kami pulang ke resort untuk rehat sementara tunggu makan malam. Untuk meneroka Pangkor, 3 hari 2 malam sudah memadai kerana keluasan pulau tidak sebesar Pulau Langkawi. Sekitar jam 8, kami meluru ke CoffeeHouse untuk makan malam. Menu malam ni berasaskan Steambot. Lauk melimpah ruah macam 4 orang makan. Sangat layan sampai rancang untuk keluar malam pusing-pusing sekitar pulau terbantut disebabkan kekenyangan. Tunggu apa lagi, tidur lah. Hehehe



Hari Ketiga

Macam biasa, untuk mengelakkan daripada terlepas daripada menikmati suasana pantai dan bunyi alun memukul pantai aku menaip entri di balkoni berhadapan dengan laut. Jam menunjukkan sejam sebelum pukul 10, masa sarapan dah tiba. Selesai makan aku terjun laut sekejap sebelum kemas barang untuk ‘check out’ jam 12. 




Setiba di Lumut, aku dan isteri rehat sambil basahkan tekak di gerai berhampiran jeti. Apa lagi, kami pesan ABC bersama cendol pulut. Sekitar jeti Lumut juga terdapat pelbagai barangan laut seperti ikan masin, ikan bilis, sotong dan pelbagai barangan makanan kering lain. Dari gerai ABC tadi pun dah boleh bau semua tu.
Memandangkan jalan pergi dan balik ikut arah Sabak Bernam-Teluk Intan, aku singgah sekejap di Bandar Teluk Intan nak bergambar di Menara Condong. Tidaklah menarik sangat cuma ia dahulunya menara tangki air dan menara jam. Sehingga kini hanya jam yang berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.




Siap berfoto, aku meneruskan perjalanan balik menghala ke Sabak Bernam. Kira-kira jarak dari Tanjung Karang ke Lumut sejauh 140 kilometer. Aku mencadangkan kepada yang nak pergi pangkor lebih baik ikut jalan belakang sebab macam-macam pemadangan kita nampak, tak lah bosan macam atas ‘highway’. Lagi pun tol pun tak ada. Hehe

Okay. Selamat mengembara !


Fakhrul Yaacob
11 Oktober 2014



















No comments:

Post a Comment