Cukup
setahun kita telah melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Dimana kita
berada? Apa yang kita lakukan? Apa yang kita dapat? Apa yang mereka buat? Itu
antara persoalan yang sempat saya ajukan kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai
rakyat kita usah bermimpi disiang hari atau pun menyokong membuta tuli.
Pasaklah dengan prinsip idealisma kendiri.
Buruk atau
baik keputusan yang lalu perlu kita hadam sampai jadi sisa. Apa yang perlu, kita
harus bertindak dengan meneruskan baki perjuangan yang semakin pudar dek kerana
isu yang pelbagai. Hak sebagai individu, hak sebagai rakyat, hak sebagai
penduduk dan hak sebagai pengundi juga wajib kita tuntutkan kepada ‘mereka’.
Semak sini bagi Ahli Dewan Negara: http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr
Bukan
menyuruh tapi memaksa untuk bertindak begitu. Apa tidaknya, dari pemerhatian
saya kebanyakkan daripada kita hanya menurut perintah atau menyokong secara
membabi buta dan tidak sedar jika salah itu salah. Pendek kata baik atau buruk
pemimpin itu semua betul tanpa mengadili dengan menggunakan akal dan hak yang
rasional.
Tulisan saya
ini bersifat umum kerana saya sentiasa pegang pada prinsip ‘yang betul itu
betul, yang salah tetap salah’. Bukan memihak pada mana-mana parti tetapi hak
kita sebagai rakyat perlu mempunyai prinsip perjuangan yang teguh dan benar. Jangan
kerana kita menyokong itu, yang salahnya pun kita kata betul.
Pada era ini
kita tidak boleh lagi membenarkan minda kita terperangkap dalam semak yang
dusta. Sebagai penyokong kita perlu menegur pemimpin supaya semua kita berada
pada landasan yang betul. Tidaklah pemimpin itu seperti ‘ketam mengajar anaknya
berjalan’.
Setahun
berlalu apa yang dijanjikan pemimpin adakah ditunaikan? Apa pula parti-parti
yang bersungguh-sungguh ‘memperjuangkan hak rakyat’ dilaksanakan? Rumah mampu
milik? Infrastruktur baru? Kemudahan dipertingkatakan? Semua ini perlu kita
tanya pada diri sendiri supaya tahun depan kita boleh selesaikan tuntutan pada
mereka? Atau pun
beri sedikit peluang untuk tahun berikutnya.
Jangan kita
digula-gulakan atau dihambakan hanya untuk memenangkan asal belanja teh tarik
secawan. Bukan tulisan ini mengajar untuk membenci tetapi tulisan ini mengajak
semua rakyat untuk bertegas akan apa yang telah kita usahakan melalui undian.
Sudahlah kita bermimpi dengan janji-janji yang kerap ditundakan hari ke hari,
bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Mungkin juga jika tiada yang bertegas akan
manifesto bercandu harum itu, politikus ini akan turut menunda janji manisnya
ke PRU-14.
Bangunlah.
Jangan diulit mimpi boneka !
Sekian.
Fakhrul
Yaacob
Wang Kelian
05 Mei 2014
No comments:
Post a Comment