Thursday, 16 January 2014

Moshe Dayan: 3 Kelemahan Utama Umat Islam



Siapa Moshe Dayan?


Seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya.

Pertama : UMAT ISLAM TAK PERNAH BELAJAR DARI SEJARAH LAMPAU.

Kedua : UMAT ISLAM TAK MERANCANG DENGAN TELITI.

Ketiga : UMAT ISLAM TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG YANG MALAS MEMBACA..

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemahan-kelemahan ini selepas mereka tahu.. Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ? 

" Usah risau , orang - orang Islam takkan tau, mereka bukannya baca pun "

Fakhrul Yaacob
Bestari Jaya
17 Januari 2014


Thursday, 9 January 2014

Majikan Perlu Prihatin



Apa yang sering kita nampak tidaklah sama dengan keadaan sebenar. Pengalaman saya bekerja separuh masa semasa cuti semester di stesen petrol membuka mata saya tentang kepentingan menyediakan juruwang yang mencukupi bagi sesuatu premis ataupun apa-apa yang melibatkan perlunya ada lebih juruwang.

Selain dari kebajikan pekerja dari segi elaun, uniform dan sebagainya yang melibatkan kebajikan, majikan perlu peka akan waktu solat pekerja.  Seperti mana pekerja diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjaga kewangan dan aliran keluar masuk duit syarikat, mereka juga punyai amanah yang lebih besar iaitu mengadap Tuhan.

Permasalahan yang utama disini adalah ketika pekerja dibahagian kaunter tidak mencukupi akan berlaku kepincangan dalam sesebuah syarikat. Terutamanya bila mana pekerja tidak sempat untuk solat dek kerana sibuk dengan melayan urusan pelanggan. Dari segi logiknya apabila pekerja tidak sempat solat akan menyebabkan akhlak seseorang pekerja itu menjadi tidak menentu dan ini sekaligus akan sedikit sebanyak memberi impak kepada ummah dan organisasi itu sendiri.


Secara rasioanalnya majikan perlu peka dan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang penting kerana ini melibatkan soal ibadah seseorang itu. Majikan perlu juga bijak mengatur semula jadual pekerja bagi memudahkan mereka menunaikan solat pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, antara solusi lain adalah menambah kemahiran seseorang pekerja agar mereka mampu melakukan semua kerja bila mana diperlukan. Pelbagai lagi solusi lain yang boleh diguna pakai supaya waktu solat pekerja tidak terjejas. Semoga semua majikan ambil berat.

Sekian.

Fakhrul Yaacob
10 Januari 2014

Wednesday, 1 January 2014

Aku mula berkarya?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Berbekalkan semangat, impian dan kesungguhan, aku mula menapak setapak demi setapak bermula hari ni setelah lama mengumpul tajuk-tajuk yang sesuai ditulis dalam buku. Buku yang dimaksudkan adalah berkonsepkan pembangunan diri dan membuka persepsi baru di dalam dunia terutamanya ketika berfikir dan bertindak.

Seiring dengan dunia moden kini, aku mahu pembaca mudah memahami dan santai ketika membaca supaya pembaca tak rasa bosan menghabiskan baris-baris ayat yang dikarang. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan tulisan berkualiti dan boleh terkesan sekaligus mempraktikkan persepsi yang positif dalam kehidupan pembaca.

Tujuan utama aku menulis buku ini adalah cuba membentuk dan mengubah cara individu dan masyarakat itu berfikir sebaik saja terjaga dari tidur sehinggalah kembali terbuai mimpi, dari kecil kehidupan individu itu sehingga tua. Kumpulan sasaran bagi karya ini adalah bagi mereka yang remaja kerana pada waktu ini lah mereka akan menentukan siapa mereka dan ke mana mereka mahu membawa diri selepas tamat sesi persekolahan. Buku ini juga boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana penyampaiannya menggunakan bahasa yang mudah dan santai.

Lebih kurang 50 tajuk terselit dalam buku ini di mana semuanya amat berkait rapat dengan kehidupan dan cara individu itu bertindak dari segi, emosi, percakapan dan juga tindakan. Buku ini bukanlah mahu mengubah watak seseorang pada asalnya tetapi mahu membentuk, memotivasikan sesuatu yang positif dan mengambil yang negatif sebagai sempadan untuk kita dan masyarakat berubah ke arah minda kelas pertama.

Selain itu, aku ingin menyahut seruan Ilahi yang telah berpesan bahawa: “sesungguhNya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.

Sekian.

Fakhrul Yaacob
02 Januari 2014