Kini sudah tiba 27 Ramadan 1434. Cuma tinggal 2 hari lagi
kita berkesempatan menunaikan ibadah puasa itu pun jika diberi peluang untuk
terus hidup di muka bumi Allah. Cuba kita singkap kembali dari hari pertama
kita berpuasa, adakah cukup hebat amalan dan ibadah kita kepada Allah? Atau pun
pada akhir penghujung Ramadan ini kita lebih sibuk menyediakan persiapan raya?
Bulan puasa, Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali
ganda berbanding bulan – bulan yang lain dan di dalam bulan ini juga
tersembunyi pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang hanya hadir pada satu –
satunya bulan yang bernama Ramadan. Jadi puaskah kita mencuri segala peluang
yang Allah tawarkan?
Pastinya ramai yang akan jawab belum cukup, tak puas, tak
sempat dan lain – lain. Apa pun jawapannya pastinya ia menjurus kepada ketidak
puasan dalam beribadah. Jika ada jawapan sebegitu rupa, kita masih lagi berada
dalam landasan yang betul dalam mencari keredaan dan pengampunan Allah. Lainlah
kalau seseorang itu memang jenis pemalas dalam beribadah dan tidak mengerti
maksud kepuasan beribadah.
Apa yang kita tinggal pada Ramadan kali ini? Pendapat yang
saya boleh cadangankan adalah kukuhkanlan amalan wajib yang sering kita
‘terlupa’ seperti solat subuh berjemaah dimasjid dan empat waktu yang lain dan
tingkatkan amalan sunat seperti solat sunat taraweh, sedekah, bangun malam dan
lain – lain amalan sunat.
Kadang – kadang masyarakat kita suka menyusahkan sesuatu
perkara yang mudah. Apa alasannya? Yalah, kita sentiasa berfikir dalam bulan
Ramadan ini hanya malam sahaja kita beribadah bukan? Senangnya, pelbagai lagi
amalan yang kita boleh buat bila ada saja masa terluang asalkan nak. Contohnya
berzikir ‘subhanAllah’, ‘alhamdulilalah’, allahuakbar dan lailahaillalah ketika
memandu kereta, ketika sedang bekerja mahu pun ketika ber‘facebook’.
Selain daripada itu kita perlu perbanyakkan membaca al –
Quran dan berdoa kerana gandaan dan mudah doa seseorang berpuasa dimakbul oleh
Tuhan. Puasa sebulan sebenarnya adalah latihan atau mentarbiahkan umat Islam
supaya berjaya mengharungi 11 bulan yang lain dengan pelbagai godaan dan
cabaran. Bulan Ramadan juga mendidik supaya kita bertakwa iaitu melakukan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Pada itu, kita perlu menambah apa yang kurang, meninggal
segala larangan supaya kita bersedia menghadapi bulan – bulan lain dengan
landasan yang dibentuk dan dibina pada Ramadan kali ini. Bulan penuh berkat ini
hanya datang sekali setahun dan satu malam daripadanya terdapat ganjaran amalan
bersamaan seribu bulan iaitu 83 tahun. Jadi, apa yang kita tinggal pada Ramadan
kali ini?
Teruskan beribadah.
Fakhrul Yaacob,
Gemas, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment