Friday, 26 October 2012

Nak balik raya!




Tiket aku dan isteri pukul 11 malam. Raya haji ini kami balik Negeri 9 saja sebab cuti hanya 3 hari, jadi Perlis lain kali saja balik. Bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya, ada lagi yang adventure semasa dalam perjalanan ke KL Sentral. 

Jam menunjukan tepat pukul 7 setengah, moto aku hidupkan bagi membelah jalan ke KTM Sungai Buloh. Separuh perjalanan ok saja, cuaca cerah walaupun sudah malam. Sebaik melalui Penjara Sungai Buloh, hujan membasuh aku dan isteri. Basah lencun aku dibuatnya, maklumlah yang duduk didepan mestilah basah dulu dari orang belakang. 

Sambil meredah hujan, aku sempat melihat perhentian bas, bawah jambatan banyak pembonceng - pembonceng berteduh dari hujan. Aku meredah lagi, tapi kali ini aku tidak tahan sebab jalan pun tak berapa nampak, air atas jalan pun makin bertakung. Aku berhenti di stesen minyak Esso bagi menunggu hujan reda. 

Memang sejuk gila aku dan isteri. Jam menunjukan pukul 8.30 malam. Aku menungggu dengan sabar bersama isteri tercinta. Berboraklah kami berdua sambil menanti hujan renyai. Sekarang sudah jam 9.00, aku terpaksa gerak meredah hujan walaupun hujan masih lebat. Basah lagi aku dengan isteri. Bukan apa, kalau tunggu jugak keretapi ke Negeri 9 mesti terlepas. 

Sesampai di KTM Sungai Buloh, aku memakirkan moto diruang berbumbung. Kami sama - sama kesejukan ditambah pula dengan angin yang ditiup ke arah kami. Komuter sampai, ruang dalam komuter begitu lengang tidak seperti hari - hari biasa. Aku tidak perlu memilih tempat duduk. 

Setelah 40 minit dalam kesejukan penghawa dingin ditambah pula dengan baju basah, kami sampai di KL Sentral. Aku mengambil secawan kopi panas di McD untuk memanaskan diri yang menggeletar. Selang beberapa minit keretepi ke Woodland tiba, apa yang aku dan isteri harapkan adalah supaya penghawa dingin tidak terlalu sejuk. 

Selepas makan makanan yang dibeli sebelum naik keretapi, aku dan isteri tertidur dek sejuk. Tepat jam 2 pagi kami tiba di Stesen Gemas. Kami diiumput oleh ayah. Sesampai dirumah, aku terus hilangkan diri di atas katil. Mujurlah sempat aku bangun subuh dan bersiap ke masjid untuk solat sunat Aidiladha. 

Selamat Hari Raya 2012, semoga tahun depan jumpa lagi :-)

Sunday, 21 October 2012

Dramatik & sejarah buat Malaysia





Moto3™  ZulFahmi Khairuddin 63#

           
                                     

Zul Fahmi Khairuddin. Nama segah nama di arena permotoran dalam Moto3™. Pelumba  dari pasukan AirAsia-SIC-AJO yang menunggang KTM berusia 21 tahun dan baru menyambut hari kelahirannya semalam bersama rakan – rakan di Litar Sepang mendapat kedudukan ‘pole position’ pada sesi kelayakan ujian masa dan merupakan hadiah hari lahirnya.

Muhammad Zulfahmi Khairuddin (lahir 20 Oktober 1991 di Banting, Selangor, Malaysia) adalah seorang pelumba motosikal Malaysia yang kini bersaing dalam kelas Moto3 pada Kejohanan Dunia Motosikal. Beliau membuat penampilan sulungnya di kejohanan 125cc 2009 di Grand Prix Malaysia di mana dia menghabiskan di tempat ke-20. Pada tahun 2010, Zulfahmi bertanding dalam musim penuh pertama beliau bersama Aprilia untuk Air Asia-Litar Antarabangsa Sepang.

Pencapaian yang terbaik di perlumbaan Grand Prix adalah kedudukan ke - 4 di Grand Prix Portugis pada 2012 dan mencapai kedudukan petak pertama pada sesi kelayakan ujian masa pada 20 Oktober 2012.Fahmi mendahului banyak pusingan sehinggalah Sandro Cortese mendahului di selekoh akhir muncul juara. Fahmi menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukan Sandro Cortese beberapa saat  selepas Cortese membuat pas pusingan akhir.

Tunggangan anak muda ini berjaya mendapat tempat oleh peminat sukan permotoran dalam dan luar negara setelah kesemua penonton bersorak gemuruh atas pencapaiannya.

Tahniah buat ZulFahmi yang meraih tempat ke-2 dan melakar sejarah baru kerana berjaya menaiki podium dalam kategori Moto3 2012 di Litar Sepang. Maju 63#

                                                                       .................................................

Moto2™ Hafizh Syahrin 68#





Tahniah buat Hafizh kerana berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ke – 4!


Seawal perlumbaan aku tidak memberi  harapan yang tinggi untuk beliau. Mana tidaknya, dia sendiri cakap yang dia akan memperbaiki pencapaiannya pada 2011.

Petak mulanya hanya di tempat ke – 27. Setelah bertindak agresif tanpa memikirkan keadaan litar yang basah. Beliau berjaya memintas 26 pelumba termasuk Marc  Marquez, juara dunia Moto2 dan menemptkan diri di tempat pertama dalam 3 pusingan penuh.

Sebelum bendera merah diangat, beliau berjaya di kedudukan ke – 4 dan meraikan kejayaan bersama penonton yang hadir di litar. Ia menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun hanya bermula di petak ke – 27 dengan menggunakan jentera FTR 600cc.

Hafizh Syahrin Abdullah berasal dari Ampang Selangor. Beliau merupakan pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline yang bersaing dalam kategori Supersports 600cc (ARRC) dan menimba pengalaman berlumba pada Kejuaraan CEV Buckler di Sepanyol turut mencatat masa sepusingan terpantas pada perlumbaan semalam iaitu 2:23.707s pada pusingan ke-10.

                                        


PENCAPAIAN:

2007 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Piala Yamaha GiVi) - ke-2 keseluruhan 

2007 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Wira epg) - ke-22 keseluruhan 

2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Yamaha GiVi Cup) - ke-6 keseluruhan 

2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Wira epg) - ke-33 keseluruhan

2008 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (Underbone 115cc) - ke-20 keseluruhan 

2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Novis) - ke-17 keseluruhan

2009 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Novis) - Juara 

2009 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (Underbone 115cc) - ke-3 keseluruhan

2010 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS CP130 - Juara

2010 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (SuperSports 600cc) - ke-12 keseluruhan

2012 Tempat ke – 4 Moto3™ Litar Sepang.