Moto3™ ZulFahmi Khairuddin 63#
Zul Fahmi Khairuddin. Nama segah nama di arena
permotoran dalam Moto3™. Pelumba dari pasukan AirAsia-SIC-AJO yang
menunggang KTM berusia 21 tahun dan baru menyambut hari kelahirannya semalam
bersama rakan – rakan di Litar Sepang mendapat kedudukan ‘pole position’ pada
sesi kelayakan ujian masa dan merupakan hadiah hari lahirnya.
Muhammad Zulfahmi Khairuddin (lahir 20 Oktober 1991 di
Banting, Selangor, Malaysia) adalah seorang pelumba motosikal Malaysia yang
kini bersaing dalam kelas Moto3 pada Kejohanan Dunia Motosikal. Beliau membuat
penampilan sulungnya di kejohanan 125cc 2009 di Grand Prix Malaysia di mana dia
menghabiskan di tempat ke-20. Pada tahun 2010, Zulfahmi bertanding dalam musim
penuh pertama beliau bersama Aprilia untuk Air Asia-Litar Antarabangsa Sepang.
Pencapaian yang terbaik di perlumbaan Grand Prix adalah kedudukan ke - 4
di Grand Prix Portugis pada 2012 dan mencapai kedudukan petak pertama pada sesi
kelayakan ujian masa pada 20 Oktober 2012.Fahmi mendahului banyak pusingan
sehinggalah Sandro Cortese mendahului di selekoh akhir muncul juara. Fahmi
menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukan Sandro Cortese beberapa
saat selepas Cortese membuat pas pusingan akhir.
Tunggangan anak muda ini berjaya mendapat tempat oleh peminat sukan
permotoran dalam dan luar negara setelah kesemua penonton bersorak gemuruh atas
pencapaiannya.
Tahniah buat ZulFahmi yang meraih tempat ke-2 dan melakar sejarah baru
kerana berjaya menaiki podium dalam kategori Moto3 2012 di Litar Sepang. Maju
63#
.................................................
Moto2™ Hafizh Syahrin 68#
Tahniah buat Hafizh kerana berjaya menghabiskan
perlumbaan di tempat ke – 4!
Seawal perlumbaan aku tidak memberi harapan yang
tinggi untuk beliau. Mana tidaknya, dia sendiri cakap yang dia akan memperbaiki
pencapaiannya pada 2011.
Petak mulanya hanya di tempat ke – 27. Setelah bertindak
agresif tanpa memikirkan keadaan litar yang basah. Beliau berjaya memintas 26
pelumba termasuk Marc Marquez, juara dunia Moto2 dan menemptkan diri di
tempat pertama dalam 3 pusingan penuh.
Sebelum bendera merah diangat, beliau berjaya di kedudukan
ke – 4 dan meraikan kejayaan bersama penonton yang hadir di litar. Ia
menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun hanya bermula di petak ke – 27
dengan menggunakan jentera FTR 600cc.
Hafizh Syahrin Abdullah
berasal dari Ampang Selangor. Beliau merupakan pelumba Petronas Syntium Moto
Yamaha Raceline yang bersaing dalam kategori Supersports 600cc (ARRC) dan menimba
pengalaman berlumba pada Kejuaraan CEV Buckler di Sepanyol turut mencatat masa
sepusingan terpantas pada perlumbaan semalam iaitu 2:23.707s pada pusingan
ke-10.
PENCAPAIAN:
2007 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Piala Yamaha GiVi) - ke-2
keseluruhan
2007 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Wira epg) - ke-22
keseluruhan
2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Yamaha GiVi Cup) - ke-6
keseluruhan
2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Wira epg) - ke-33 keseluruhan
2008 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (Underbone 115cc) - ke-20
keseluruhan
2008 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Novis) - ke-17 keseluruhan
2009 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS (Novis) - Juara
2009 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (Underbone 115cc) - ke-3 keseluruhan
2010 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS CP130 - Juara
2010 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (SuperSports 600cc) - ke-12 keseluruhan
2012 Tempat ke – 4 Moto3™ Litar Sepang.