Thursday, 14 November 2013

Cenang !

Semua orang berhak untuk bercuti !



Dek kerana sibuk dengan kerja, belajar dan tugasan sana sini. Aku perlu hilangkan stress dan mencari ombak lautan yang begitu semula jadi. Bunyian alun yang mambadai sisir pantai sungguh memberi ketenangan yang sukar digambarkan.



Aku pasang niat yang aku dan isteri perlu keluar bercuti sekurang-kurangnya setahun 2 kali. Diri aku sangat rindukan percutian yang menampakkan pemandangan air, pasir jernih, membiru dan menghijau.



Maklumlah diri ni lahir di kampung, tak hairanlah lebih cenderung untuk memilih pantai sebagai tempat percutian utama. Aku berazam untuk menghabiskan percutian domestik dulu sebelum pergi bercuti jauh ke negara orang.



September 2013 yang lepas aku hadirkan diri di lembah pakej percutian terbesar negara, MATTA FAIR. Pusing punya pusing dapat la pakej yang sesuai dengan bajet yang ciput yang aku ada. Cenang ! Itu yang terlintas di kepala. Aku depositkan RM50 dan selebihnya nanti. Aku rembat pakej ‘seaview’ sekitar Pantai Cenang.

 


Normalah jadual seorang pelajar, kelas ganti, lawatan demi lawatan, bajet kewangan banyak membantutkan aku untuk keluar bercuti dengan isteri. Sampailah bulan November, aku terpaksa membuat ‘cuti tambahan ‘ sendiri demi keluar dari jadual yang stress.



Jadi cuti seminggu yang aku bahagi untuk balik kampung aku pecahkan juga untuk percutian. 3 hari 2 malam cukup memadai bagi percutian demostik. Banyak kebaikan bercuti di luar kota ni antaranya:

-          - Mengeratkan hubungan suami isteri
-          - Hilangkan tekanan
-          - Memikir dan menghargai ciptaan Allah yang hebat
-          - Balik kepada alam semula jadi
-          - Menjadikan ombak yang membadai pantai sebagai halwa telinga.



Jom bercuti !


Fakhrul Yaacob
07 November 2013
Pantai Cenang, Langkawi



Education UK Exhibition, KLCC



Jiwa aku sama macam orang lain yang mahu mencapai impian. Bukan mudah untuk menggapai impian kerana perlu diiringi dengan usaha dan semangat yang tinggi.

Motivasi yang hebat perlu diterapkan bagi impian apa yang kita hajatkan tercapai. 5 Oktober 2013 lepas aku pergi ke pameran yang ilmiah yang dapat membangkitkan motivasi yang aku cari-cari untuk mengbangkitkan ‘mood’ untuk menggapai impian aku.

Menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di negara barat adalah salah satu impian aku. Hidup ini perlu pengalaman dan ilmu yang luas meski pun terpaksa menuntut ilmu sampai negara luar.

Adanya Education UK Exhibition memberi ruang kepada aku untuk lebih bersemangat dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ditemani rakan, aku terus menggeledah pameran yang penuh motivasi secara peribadi kepada aku.

Pelbagai universiti dari United Kingdom mengambil bahagian antaranya yang menarik perhatian aku adalah Aberystwyth University & Loughborough University yang menawarkan pengajian sarjana dalam bidang kepustakawanan.


Harap 2, 3 tahun lagi selepas tamat pengajian aku peringkat sarjana muda. Aku boleh terbang merantau di bumi Inggeris yang penuh dengan ilmu yang hebat.


Fakhrul Yaacob
05 Oktober 2013
KLCC