Friday, 28 December 2012

10 Matlamat Aku



Salam ceria buat semua…

Tahun 1434 hijrah baru saja masuk sebulan lepas. Sekarang tahun 2013 pula bakal tiba selang 3 hari lagi. Apa yang istimewa sangat dengan 2013? Ada gajet baru? Kereta baru?. Tak, bukan itu yang nak aku sampaikan dalam entri ni. Tapi ia suatu semangat baru yang perlu aku mulakan dengan lebih teratur moga – moga jadual tahun 2013 aku lebih tersusun, lebih teratur.

Sama macam orang lain, aku juga punyai impian dan cita – cita dalam hidup dunia dan akhirat kelak. Berpaksikan agama Islam yang aku pegang ini, aku perlu seimbangkan matlamat aku supaya tak hanya memikirkan hal dunia yang kadang – kadang buat kita terleka dan jauh tersimpang dari akidah sebagai hamba Allah yang perlu melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kat sini aku nak letak hanya 10 matlamat yang aku nak. Bukan tak nak letak banyak – banyak, 20, 30, atau 50. Tapi bagi aku 10 memadai sebab ia cukup padat ditambah pula dengan komitmen – komitmen sampingan lain.

10 matlamat tu tak payah aku terangkan sebab semua dah boleh baca picture kat atas tu kan? Hehe.

Doakan aku supaya capai matlamat aku yang 10 tu eh J

Apa pun matlamat kamu semua, aku akan sama – sama doakan selagi ada nilai – nilai positif dan kebaikan.

Selamat hidup bermatlamat semua!

Tuesday, 18 December 2012

Rancang masa


Masa. Perkataan yang sangat terkenal sebelum zaman masihi lagi. Pelbagai ungkapan telah dicipta antaranya, 'masa itu ibarat emas'. Di dalam Al - quran juga telah disebut beberapa kali mengenai masa seperti ' wal'as ( demi masa ), waddhuha ( demi waktu dhuha), wallail ( demi waktu malam), dan walfajr ( demi waktu fajar).

Sempena cuti sekolah ini, banyak masa boleh dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat berbanding membuang masa dengan sia - sia. Kita tengok sajalah muda - mudi, remaja dan anak - anak kita pada masa kini. Acap kali mereka lebih suka melepak, bermain 'video game' dan bergaul tanpa batasan aurat dan waktu. Dari pagi ke petang, dari petang ke malam dan begitulah seterusnya. Tak hiraukan masjid, surau dan keluarga. Masa cuti, yang ada terbuang begitu saja.

Di sini pengurusan dan perancangan perlu ditegaskan bermula dari institusi kekeluargaan lagi. Sediakan jadual atau perancangan masa setiap hari untuk anak - anak dengan bermanfaat. Adakan masa untuk mereka ke masjid, jemaah sama - sama, makan sama - sama keluarga dan sediakan bahan bacaan yang membantu menambahkan pengetahuan am mahupun akademik. Dan jangan lupa untuk mengaji Al - quran dan memahami maksudnya.

Jika ada rezeki lebih, bawalah keluarga bercuti atau melancong ke tempat - tempat menarik yang boleh membuka mata dan menghilangkan stress sebelum persekolahan baru bermula. Jadi rancanglah masa dengan bijaksana supaya kita dapat mengisi sepenuh masa cuti dengan aktiviti - aktiviti yang bermanfaat.

Jangan bazir masa!