Tuesday, 3 January 2012

Aku orang tua, siapa nak peduli?



Melihat akan seseorang yang duduk termenung di tangga beranda, kesepian sekali. Beratapkan nipah tersusun rapi yang melindungi si tua daripada terkena hujan dan panas. Berlantaikan belahan batang pinang yang jarang – jarang melihatkan keadaan rumah serba kekurangan dimana di situlah dapur, di situlah juga tempat tidur. Namun, itu sudah biasa baginya yang hidup 8 dekat lebih.

Apa yang membuatkan orang tua ini sepi dan sunyi adalah tiada tempat mengadu, tiada tempat bergurau. Kehilangan isteri tercinta lebih 10 tahun lalu member kesan yang sangat mendalam pada seluruh kehidupannya.

Sepi, sunyi, itu yang terpancar dari raut wajah orang tua ini.

Katanya, “ Anak – anak mana mahu pedulikan aku”. 

Anak – anaknya yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja tidak bertanya khabar sekali - sekala apatah lagi mahu pulang sehari dua sejak sekian lama.

Sedih, sunyi itu yang terlihat dari dalam mata hitam putih orang tua itu.

Makan minumnya tidak terurus. Pakaiannya tidak tersusun kemas. Juadahnya hanya nasi bersama ikan kering. Bukan tak bolah masak dan makan makanan sedap – sedap tapi, apa gunanya kalau tidak bahagia. Tubuhnya makin hari makin susut. Hanya wajah lesu dapat dilihat setiap hari.

Katanya lagi, “ Aku orang tua, siapa nak peduli?”

Sedih sangat bila melihat orang tua sebegini. Bila dah tua tiada siapa nak hiraukan. Bukan apa, dahulu bila kita masih kecil, ibu bapa kita sayangi dan belai kita bagai menatang minyak yang penuh. Berjuta – juta jasa dan beratus ribu pengorbanan yang dilaburkan untuk kita tapi, bila kita dewasa jagakah kita akan mereka? Banyak mana jasa kita taburkan kepada mereka?

Fikirlah teman – teman. Semoga generasi kita sebagai seorang anak menjadi  generasi yang kenang akan jasa orang tua!

No comments:

Post a Comment