BIJAK dalam
subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya
mereka yang mengalami obesiti.
Senaman
biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk
diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam
Matematik.
Demikian
penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat
(AS).
Mengapa mata
pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana
Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi
berbanding mata pelajaran lain.
Para
pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam
setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut
didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan
berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
Setelah
melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan
dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web
Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak
tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu
kawasan yang digunakan untuk berfikir.
Selain itu,
kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin
tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka
yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan. Senaman yang
dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.
Semua
aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran
darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
Faktanya,
seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif,
oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling
berkait
Sumber: Kosmo ( 01/02/2012)