Akal
merdeka anak muda,
Di mana
minda merdekamu,
Jangan
berada ditakuk lama,
Seperti
masa ortodok dulu kala,
Anak
muda minda merdeka,
Tiba masa mengaku jiwamu merdeka,
Mengapa tiada kecewa sikapmu membuta,
Di mana cuit prihatinmu pada mereka,
Sikapmu upaya membunuh jelata,
Tiada langsung rasa timbang rasa,
Anak muda aku turut merasa,
Generasimu generasiku jua,
Anak muda minda merdeka,
Ubahlah jika mahu jiwamu merdeka,
Tiada siapa mampu ubah untukmu,
Kerana ini hanyalah puisiku rasa kesal kecewa.
Fakhrul Yaacob
10:16
04 September 2013
Bestari Jaya.