Thursday, 31 January 2013

Kenapa Islam dan Politik Tidak Boleh Dipisahkan?

Ibarat rumah tanpa tiang pasti akan roboh. Ibarat agama tanpa solat pasti tiada makna agama itu. Seperti juga politik, tiada politik boleh berdiri teguh jika tiada panduan agama sebagai batas. Jika boleh pun pasti akan terserlah juga kepincangan dalam berpolitik pada suatu ketika. Cara hidup Islam adalah paling sempurna dan syumul (menyeluruh) yang merangkumi semua aspek tanpa ada sedikit pun tertinggal termasuklah politik.

Tiada parti politik yang lebih hebat daripada parti politik yang mengikut panduan al – quran dan as – sunnah. Bukan hendak menyerlahkan mana – mana parti politik yang gagal dalam mentadbir tetapi parti politik yang tidak menggunakan panduan berpolitik mengikut Islam sendiri yang menyerlahkan kegagalannya dalam mentadbir.

Berpolitik semestilah ditujukan pada manusia kerana manusia sahaja mempunyai akal fikiran berbanding haiwan atau makhluk lain. Apabila dikatakan manusia pasti kita kenal cara manusia bagaimana kerana manusia punyai pelbagai cara berfikir, cara memerintah, kelakuan baik dan buruk. Disini lah panduan hidup Islam iaitu al – quran dan as – sunnah diguna pakai oleh semua dalam berpolitik bermula dari ketua tertinggi hinggalah ahli biasa.

Sikap tamak haloba boleh dikatakan sebati dengan kehidupan manusia. Sedikit tidak pernah cukup, banyak pun tidak pernah cukup. Perasaan hasad dengki tidak boleh lari dari kehidupan dalam masyarakat apatah lagi dalam berpolitik. Betul pun diumpat, tidak betul pun diumpat. Manusia tidak akan puas apa yang dilihat, apa yang dimiliki selagi tiada pengangan yang kukuh dalam agama.

Rasuah. Perlakuan ini makin terserlah hebat sejak 2, 3 tahun kebelakangan ini. Inilah yang dikatakan juga kenapa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Ketamakan pemerintah yang diberi mandat oleh rakyat memakan hak orang lain di mana sanggup melanggar norma – norma panduan dalam Islam sering terjadi di depan mata masyarakat termasuklah penulis sendiri. Perkara seperti ini perlu dirawat dengan al – quran dan as – sunnah supaya tidak menjadi kudis dalam suasana politik dalam negara kita.

Di dalam berkempen, di dalam perhimpunan semua terutamnya parti politik dan masyarakat sendiri perlulah bijak berfikir cara berpolitik mengikut syariat agama Islam dan memandu masyarakat yang bukan beragama Islam berpolitik secara Islam kerana tiada parti politik yang lebih hebat daripada parti politik yang mengikut panduan al – quran dan as – sunnah.

Jika tiada landasan berpolitik secara Islam pincanglah parti politik itu dan musnahlah negara di bawah pentadbir yang rakus mengikut telunjuk kuasanya yang kadang – kadang terlampau kejam. .Jelaslah bahawa kenapa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.


Wallahualam.
Fakhrul Yaacob