Wednesday, 21 December 2011

Hilang tanpa suara

Saat enjin kereta dimatikan, aku menghempas beg dan badan aku di atas katil tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingku. Aku tidak bermaya untuk bingkas bangun dari tilam yang empuk walau seketika.

Panggilan orang tuaku untuk makam malam aku dengar sayu – sayu dan aku biarkan ia berlalu begitu sahaja. Penat, letih itu yang bermain difikiran aku. Langsung aku terus membiarkan apa sahaja hal malam ini.

Radio yang aku buka aku biarkan walau hanya dengar tidak dengar. Bukannya aku pekak tapi malas untuk aku layan. Dingin malam yang amat bersama angin dan hujan lebat memaksa aku untuk terus tidur dengan nyenyak.

Aku letih.

Aku hilang tanpa suara. Tanpa kata.

Hilang dari dunia nyata sebentar untuk aku bangun meneruskan hari – hari penuh onak dan cabaran.