Wednesday, 21 December 2011

Hilang tanpa suara

Saat enjin kereta dimatikan, aku menghempas beg dan badan aku di atas katil tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingku. Aku tidak bermaya untuk bingkas bangun dari tilam yang empuk walau seketika.

Panggilan orang tuaku untuk makam malam aku dengar sayu – sayu dan aku biarkan ia berlalu begitu sahaja. Penat, letih itu yang bermain difikiran aku. Langsung aku terus membiarkan apa sahaja hal malam ini.

Radio yang aku buka aku biarkan walau hanya dengar tidak dengar. Bukannya aku pekak tapi malas untuk aku layan. Dingin malam yang amat bersama angin dan hujan lebat memaksa aku untuk terus tidur dengan nyenyak.

Aku letih.

Aku hilang tanpa suara. Tanpa kata.

Hilang dari dunia nyata sebentar untuk aku bangun meneruskan hari – hari penuh onak dan cabaran. 

Wednesday, 30 November 2011

Bogel Menuju Tuhan dari Zahiril Adzim !

 
Sangat menarik! Itu yang dapat aku ungkapkan. Sememangnya aku sudah dapat jangkakan karya pelakon yang sedang meningkat naik ini begitu mengujakan. 

Dari awal lagi beliau berjaya membawa kita mengikut cara dia berfikir dan mengajak kita berfikir dengan lebih terbuka di luar kotak. Dia menjiwai dalam pelbagai keadaan termasuk golongan yang kurang bernasib baik. Plot cerita yang begitu menarik walaupun tajuknya agak kontroversi pada masyarakat yang hanya cuma menilai dari kulit dan tajuk buku. Betullah kata pepatah mat saleh, “don’t judge a book by its cover”. Aku sokong sangat pepatah ini setelah membaca keseluruhan buku ini dan membias kritikan sesetengah orang yang sebelum ini mengatakan tajuk ini tidak sesuai dan kontroversi.

Bayangan aku sama sekali belum meleset yang masyarakat (sesetengah saja tau) masih belum dapat membuka fikiran dan tidak memikir secara terbuka.

Buku ini mengadungi 29 sajak yang gaya bahasa yang berbunga – bunga dan 35 catatannya yang berkonsepkan bahasa santai. Bahasa yang digunakan pelbagai jenis, puitis, metafora dll. Walaupun perkataan (beberapa kerat) yang diguna pakai agak lucah dari sisi sesetengah pihak tapi bagi aku ia cukup sampai dan mudah untuk faham.

Sajak yang best seperti, Masih Mencari, Gerak Walau Hitam, Abang Segak Beruniform Bersenjata, Dia & Aku Kata, Jangan Ditekan Anak Ini, Pak Bikin Bangunan & Ini Kali Rasa Tuli. Catatan yang sangat menarik adalah Bogel Menuju Tuhan, Tulis Itu Bogel, Kita Peniru Profesional, Bukan Melihat Labelnya, Toleh, Gerabak Bersama Imaginasi. Aku Sungguh Prejudis dan Berhenti Atas Titik. Wah! Boleh boleh dikatakan semuanya best!

Tahniah kepada Zahiril Adzim yang membuka mata melalui isu – isu yang dilontarkan dalam bukunya. Terus berkarya ya.

p/s: Kredit untuk  Nurul Huda yang menghadiahkan aku buku yang aku idamkan ini. Baru saja membelek buku – buku di MPH, dia dah belikan untuk aku. Hehe. 
Terima  kasih ya syg. :)